FAMA Kedah sasar belian durian RM7 juta tahun ini

Foto RTM

ALOR SETAR, 29 Jun – Seribu metrik tan belian durian disasar melalui pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan nilai RM7 juta tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • FAMA telah membeli 142.7 metrik tan durian dengan anggaran nilai RM1.1 juta setakat ini.
  • Pemantauan FAMA menunjukkan harga purata durian kampung di ladang antara RM1 hingga RM4 sekilogram.
  • Untuk elak kejatuhan harga, FAMA mengapungkan harga durian dari RM1 kepada RM2.70 sekilogram.
  • FAMA laksanakan tiga strategi utama termasuk 10 lokasi jualan bermusim dan tiga Pusat Belian Sementara di Alor Setar, Sungai Petani, Langkawi.

Pengarah FAMA Kedah, Shaiful Azhar Zolkipli berkata setakat kini FAMA membeli sebanyak 142.7 metrik tan dengan anggaran nilai RM1.1 juta.

Jelasnya, pemantauan FAMA mendapati harga purata durian kampung di peringkat ladang ketika ini berada pada kadar RM1 hingga RM4 sekilogram bergantung kepada lokasi dan kuantiti bekalan.

“Pemasaran jualan durian di Kedah setakat ini masih terkawal ekoran permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini termasuk dari negeri jiran,” tambah beliau.

“Sekarang pengeluaran durian adalah serentak. Justeru, antara langkah intervensi kita mewujudkan ruang pasaran kita sendiri.

Bagi menangani durian kampung yang harganya jatuh RM1, kini kita apungkan harga hingga RM2.70 sen sekilogram,” tambah beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika Program Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai di sini.

Tambah beliau lagi, FAMA Kedah juga melaksanakan tiga strategi utama termasuk memperluas saluran pemasaran melalui 10 lokasi jualan buah-buahan bermusim di seluruh negeri.

Tiga Pusat Belian Sementara (PBS) yang dikendalikan FAMA dan usahawan bimbingan melibatkan pengoperasian di Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi.

“PBS melaksanakan intervensi khidmat pemasaran untuk membantu petani yang sukar memasarkan hasil pengeluaran mereka,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.