Fahmi ucap takziah atas pemergian Isma Aliff

Allahyarham Isma Aliff

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Mohd Latiff Ismail yang meninggal dunia hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fahmi Fadzil menganggap pemergian Isma Aliff sebagai kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.
  • Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Beliau berkata pemergian allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Isma Aliff, merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.

“Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan negara. Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Latiff, 62, menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.30 pagi di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh adiknya, Shamsidah Ismail, 60.