KUALA LUMPUR, 22 November - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merafak sembah serta menzahirkan ucapan tahniah bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, hari ini.
Beliau mewakili warga kementerian dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai menzahirkan rasa penuh takzim atas kepimpinan serta kebijaksanaan Baginda dalam memayungi rakyat dan memperkukuh institusi negara.
“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Sembah takzim daripada patik serta seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Dirgahayu Tuanku,” kata beliau dalam satu kenyataan di platform media sosialnya.
Sambutan ulang tahun rasmi Seri Paduka Baginda pada tahun ini turut menjadi simbol perpaduan rakyat pelbagai lapisan, sekali gus memperkukuh semangat Malaysia MADANI.
