(Fahmi Fadzil)
KUALA LUMPUR, 8 Jun- Tindakan dan perbuatan pelawak Jocelyn Chia yang tidak sensitif dengan memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi MH370 dikecam Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Jelasnya, tragedi MH370 masih memberi kesan mendalam dan melukai rakyat, justeru ia tidak sepatutnya digunakan sebagai jenaka.
"Saya bersama Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengecam sekeras-kerasnya tindakan dan perbuatan yang tidak sensitif oleh individu itu (Jocelyn Chia)," katanya ketika mengulas isu berkenaan pada Forum Hari Kebebasan Media Sedunia 2023 di sini.
Perbuatan biadap Chia turut menerima kritikan dan teguran daripada orang ramai termasuk pelawak tempatan seperti Harith Iskandar dan Adflin Shauki.
"Adalah sama pentingnya untuk menggunakan tahap kepekaan dan empati apabila melakukan sesuatu bahan jenaka terutamanya topik yang mendalam, peribadi atau tragis," jelas Harith Iskandar menerusi Facebook.
"Individu yang tidak sensitif dari negara maju," katanya ringkas di Instagramnya menerusi muat naik video seorang waris mangsa MH370 yang meluahkan kekecewaan terhadap jenaka berkenaan.
(Jocelyn Chia persenda tragedi MH370)
Artikel berkaitan:
Jocelyn Chia bukan lagi warga Singapura, mohon maaf kepada Malaysia - Pesuruhjaya Tinggi
Pelawak Singapura didakwa hina Malaysia