fb fb fb fb fb

336,592 murid perempuan Tingkatan 1 belum terima vaksin HPV

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 8 Jun-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 336,592  murid perempuan tingkatan 1 kohort 2020 hingga 2022 masih belum menerima sebarang dos vaksin HPV

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM komited bagi memastikan semua murid perempuan kohort 2021, 2022 dan 2023 akan menerima vaksin HPV sebelum tamat persekolahan.

Menurutnya, gangguan perolehan bekalan vaksin di peringkat global serta peningkatan harga vaksin HPV sebanyak enam kali ganda menyebabkan pelaksanaan program vaksinansi itu terbantut.

"Keutamaan pemberian vaksin HPV kepada murid-murid perempuan bagi Kohort 2021 dan mereka yang sedang berda di tingkatan tiga.

"Apabila segalanya telah selesai, barulah kita akan berikan kepada Kohort seterusnya.

"Ini bergantung kepada jumlah vaksin yang akan diperolehi. HPV diperlukan sebanyak 120 juta. Jangkaan perolehan baharu ini kita akan dapat suku ketiga tahun ini", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin.

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa/FOTO RTM)

Media Baharu