fb fb fb fb fb

Faham isu semasa dan dasar, elak salah faham masyarakat

AYER KEROH, 6 September- Komunikator utama atau 'key communicator' Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) perlu faham terlebih dahulu isu-isu semasa dan dasar yang dilaksana kerajaan sebelum menyampaikannya kepada umum.

Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia, Suwadi Guliling berkata, ia bagi memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sasaran sekali gus mengelakkan salah faham.

Beliau berkata, 'key communicator' kini berhadapan cabaran apabila terlalu banyak maklumat yang boleh diakses melalui pelbagai platform khususnya melalui media sosial yang menjadikan masyarakat keliru dan salah faham berkenaan isu-isu semasa.

"Cabaran sebenarnya adalah cabaran kita mempunyai maklumat yang pelbagai dan maklumat itu boleh diakses oleh semua golongan masyarakat melalui media sosial dan juga 'online'. Ia menjadi cabaran apabila kita hendak menjelaskan keadaan sebenar sebab masyarakat ini menerima pelbagai maklumat dan maklumat itu ada yang tidak betul atau pun diputarkan ke arah yang bertujuan untuk kepentingan orang-orang lain yang menjadi cabaran kepada agensi K-KOMM dalam memberi penerangan yang betul kepada masyarakat," katanya.

Suwadi berkata demikian ketika ditemui pada Program Taklimat Isu Semasa Peringkat Zon Selatan ‘Inflasi dan Cabaran-cabaran bagi Malaysia’ di Ayer Keroh.


(Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JAPEN, Suwadi Guliling)

Hadir memberi taklimat, Timbalan Ketua Pengarah Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Yatimah Sarjiman.

Dalam pada itu, Yatimah berkata masih ramai rakyat tidak faham mengenai isu inflasi yang sedang berlaku secara global.

Untuk itu katanya, penerangan mengenai situasi sebenar dilakukan sangat penting termasuk bantuan yang diberikan kerajaan seperti subsidi ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan.

"Kita akan ada secara berterusan memberi sesi 'engagement' dengan masyarakat di samping pihak jawatankuasa JAPEN, kita ada juga jawatankuasa pasukan jihad juga memang bercadang membuat sesi libat urus bersama untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang tindakan-tindakan kerajaan dalam mengurangkan inflasi ini.Kita juga ada penglibatan pihak-pihak untuk menerangkan kepada universiti- universiti di Malaysia dan institusi untuk membantu bagaimana kadar makanan di di sekolah atau pun di universiti dapat dikurangkan," ujar Yatimah.

Media Baharu