fb fb fb fb fb

Rancakkan pembangunan Johor, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu selari

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

KULAI, 6 September- Bagi memastikan kemajuan dan merancakkan pembangunan Johor, kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan perlu selari.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keserasian itu perlu bagi memastikan usaha itu berjaya.

Justeru, rakyat diseru memilih wakil yang mampu menjalankan tugas, terutamanya mereka yang bijak membangunkan kawasan.

"Tetapi saya di sini memikirkan agenda nak majukan Johor. Hendak majukan Johor tidak cukup hanya YDP, Exco dan ADUN sahaja. Kita memerlukan kerajaan yang stabil di pusat," katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Parlimen Kulai.

Tambahnya, Kulai mempunyai potensi besar untuk dimajukan, selain merupakan destinasi strategik menarik pelabur, yang membawa manfaat kepada rakyat menerusi peluang kerja dan pendapatan lebih tinggi.

Dalam majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf pembentungan di Kampung Jaya Sepakat, untuk mengatasi masalah banjir.


(Datuk Onn Hafiz pada Majlis Ramah Mesra Parlimen Kulai)

Media Baharu