fb fb fb fb fb

Fadillah Yusof pimpin jawatankuasa pemantauan projek KIGIP

Foto BERNAMA

BAGAN SERAI, 15 Jun- Satu jawatankuasa ditubuh bagi memantau pelaksanaan projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).

Ia akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadilah Yusof 

"Saya diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri untuk melihat segala infra untuk projek ini agar dapat diselesaikan secepat mungkin. Ada empat asas infra yang kita kena lihat pertama ialah tenaga, kedua air, ketiga dari segi jalan dan keempat dari segi komunikasi."

"Jadi, sebenarnya kita sudah wujudkan jawatankuasa kita sudah bergerak di peringkat pegawai dan juga komuniti," kata Fadillah kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) oleh Perdana Menteri di Bagan Serai.

Mengulas mengenai pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, Datuk Seri Fadillah berkata projek tersebut akan dilaksanakan secara berfasa.

Beberapa keperluan dan gerak kerja akan dimuktamadkan tahun hadapan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM