fb fb fb fb fb

Fadillah yakin Kementerian Ekonomi punya strategi galak daftar PADU

Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri majlis Iftar Jamie Nexgen Petrajaya di Masjid Al-Ghazali, Kuching

KUCHING, 24 Mac- Kementerian Ekonomi mempunyai strategi untuk mengalakkan pendaftaran Pengkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketika ini jumlah pendaftaran menerusi sistem itu berada pada 36 peratus sebelum berakhir pada 31 Mac ini.

Bagaimanapun beliau yakin kementerian terbabit mempunyai kaedah bagi meningkatkan pendaftaran itu.

"Saya kira Kementerian Ekonomi mempunyai strategi tertentu seperti apa yang mereka ingin laksanakan. Jadi kita serahkan kepada Kementerian Ekonomi," katanya kepada media selepas majlis Iftar Jamie Nexgen Petrajaya di Masjid Al-Ghazali, di sini.

Ketika mengulas berkenaan pendaftaran PADU di Sarawak, beliau menjelaskan satu pertemuan antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

Dalam majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 orang terdiri daripada golongan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz di kawasan Petrajaya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI