fb fb fb fb fb

Euro 2024: Hanya ketua pasukan dibenarkan untuk bercakap kepada pengadil perlawanan

Foto REUTERS

MUNICH, 14 Mei -Hanya ketua pasukan akan dibenarkan untuk berkomunikasi dengan pengadil dan berbincang berhubung keputusan ketika perlawanan pada kejohanan Eropah akan datang.

Langkah berkenaan dilakukan bagi membolehkan komunikasi kedua-dua pihak lebih jelas dan mudah, menurut Pengarah Urusan bagi Pengadil UEFA, Roberto Rosetti

Ujar Rosetti, sekiranya terdapat pemain yang cuba mendekati pengadil dan menunjukkan tanda tidak hormat dan setuju, mereka akan dilayangkan kad kuning.

"Menjadi pengadil dan mengadili sesuatu perlawanan kini merupakan sesuatu yang sukar buat para pengadil", kata Rosetti dalam surat terbukanya pada Selasa.

"Para pengadil terpaksa membuat kira-kira 200 sehingga 250 keputusan pada setiap perlawanan bersamaan satu dalam 22 saat dalam situasi sukar dan kadangkala kontroversi.

"Mereka (para pengadil) berada di bawah tekanan besar dengan setiap keputusan dilakukan mereka diteliti dan ditonton semula dari pelbagai sudut berbeza oleh peminat dan pakar", kata Rosetti.

"Para pengadil turut menerima pelbagai maklumat daripada Video Bantuan Pengadil (VAR), Kami bersedia untuk bercakap dan berkongsi kepada para pemain dan jurulatih bagi membantu mereka bagaimana sesuatu keputusan dilakukan", tambah Rosetti lagi.

Jelas Rosetti, sekiranya ketua pasukan merupakan penjaga gol, pasukan berkenaan perlu mencalonkan seorang pemain di luar padang untuk berkomunikasi dengan pengadil.

Kejohanan Euro 2024 akan di adakan di Jerman bermula 14 Jun sehingga 14 Julai depan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD