fb fb fb fb fb

ESSCOM kekal rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 7 November -Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kejayaan itu hasil kawalan secara bersepadu oleh pasukan keselamatan menerusi rondaan darat, laut dan udara bertujuan meminumkan ancaman berkenaan.

"Untuk makluman, ancaman penculikan ada, tetapi rekod sejak 15 Januari 2020 hingga sekarang penculikan untuk tebusan wang itu sifar.

"Ini rekod sangat signifikan.Ini sebab ESSCOM buat rondaan, ada kapal yang dipanggil kapal induk (Mothership) dan rondaan helikopter antara perkara yg melonjakkan prestasi dan meminimumkan ancaman keselamatan", kata Saifuddin.

Saifuddin menjawab soalan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berhubung status terkini ESSCOM dan usaha KDN bagi mempertingkatkan keupayaan aset serta penguatkuasaan dalam mendepani ancaman keselamatan sempadan.

Tambah Saifuddin, sebanyak 414 individu ditahan hasil pemeriksaan fizikal yang dibuat Esscom di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Ia hasil daripada 1.7 juta pemeriksaan terhadap individu dan kenderaan sejak Januari hingga Ogos lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD