fb fb fb fb fb

Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya / Foto PMO

PUTRAJAYA, 11 Februari – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini, hari ini.

Ketibaan beliau pada pukul 11.10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Erdogan kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Mejar Khairul Fakhzan Zainol Abidin.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Selepas itu, Erdogan menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan Mesyuarat dua hala, yang turut dihadiri barisan Menteri Kabinet.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN