JOHOR BAHRU, 11 Februari-Sambutan Thaipusam berlangsung dengan meriah di Johor Bahru, dengan kehadiran kira - kira 80,000 penganut ke Kuil Arulmigu Thendayuthapani sejak Sabtu.
Tinjauan RTM di kuil berkenaan, menyaksikan suasana perayaan, penuh dengan warna-warni menghiasi rumah ibadah itu.
Pengerusi kuil, N. Shanmugam berkata, perayaan turut melibatkan warga Singapura dan Indonesia, merentas sempadan untuk bersembahyang di kuil itu.
"Kita terima kehadiran penganut seramai 70,000 hingga 80,000. Tetapi mereka yang terlibat mengangkat Kavadi paling kurang 6,000 orang.
"Kita ada penganut daripada Singapura dan Indonesia dan seluruh Malaysia hadir beramai-ramai di sini", katanya demikian di sini.
Bagi memeriahkan perayaan itu, pihak jawatankuasa kuil turut menyediakan sekitar 60,000 bungkusan makanan buat para pengunjung.
Inisiatif itu juga dlihat sebagai simbolik, kebersamaan antara masyarakat.