
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Cadangan pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) dilihat sebagai langkah strategik dalam mengelakkan pembaziran tenaga kerja wanita berkemahiran tinggi.
- EPCB dijangka meningkatkan produktiviti modal insan wanita, kata Pensyarah Kanan Dr. Mohd Iqbal Mohd Noor.
- Inisiatif ini membantu menambah pendapatan isi rumah serta menyokong perbelanjaan domestik keluarga.
- EPCB mengurangkan kos operasi majikan melalui kesinambungan pekerja berpengalaman dan menekan keperluan latihan semula.
- Kerajaan bersetuju memperkenalkan EPCB pada kadar 80 peratus gaji, dibayar sekali, susulan dapatan Kajian Kadar Penyertaan Tenaga Buruh.
Usaha itu juga membantu majikan mengurangkan kos operasi dengan memastikan kesinambungan tenaga kerja berpengalaman dalam organisasi.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Mohd Iqbal Mohd Noor optimis, pelaksanaannya mampu mempertingkatkan produktiviti modal insan wanita.
“Jika lebih ramai wanita tidak meninggalkan pekerjaan selepas bersalin, pembaziran modal insan dapat dielakkan, sekali gus meningkatkan produktiviti.
“Selain itu, ia turut membantu menambah pendapatan isi rumah serta menyokong perbelanjaan domestik.
“Dari sudut majikan, inisiatif ini mampu mengurangkan kos latihan semula dan meminimumkan gangguan operasi yang berlaku apabila pekerja wanita berpengalaman berhenti kerja selepas bersalin,” jelas beliau ketika dihubungi Pemberita RTM.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan Kerajaan secara prinsip bersetuju memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans Wanita yang akan dibayar secara sekali bayar (one-off).
Pelaksanaan EPCB dibuat susulan dapatan Kajian Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) yang menunjukkan penurunan penyertaan wanita dalam tenaga kerja, daripada 78.9 peratus bagi kumpulan umur 25 hingga 29 tahun kepada 68.6 peratus bagi usia 35 hingga 39 tahun.`
Pelaksanaan EPCB susulan hasil kajian Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) yang menunjukkan kemerosotan pengunduran kerjaya golongan wanita, iaitu daripada tahap optimum 78.9 peratus bagi kategori berusia 25 hingga 29 tahun kepada 68.6 peratus bagi usia 35 hingga 39 tahun.