fb fb fb fb fb

Enam sungai melebihi paras bahaya 10 malam ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Sejumlah enam stesen dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melebihi paras air tahap bahaya, malam ini.

Menerusi laman sesawang InfoBanjir JPS, stesen terbabit membabitkan sungai di negeri Pahang, Sarawak, Johor dan Kelantan, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Tiga sungai dicatatkan di Pahang melibatkan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin dengan bacaan 12.32 meter (m), Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat, Rompin (10.19m) dan Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan (16.49m).

Di Sarawak adalah di stesen Serian (9.59m), manakala Johor di Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (14.6m).

Sementara di Kelantan membabitkan Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli dengan bacaan 104.39m.

SITI AISHAH BINTI MD ISA