fb fb fb fb fb

Enam stesen LRT di Lembah Klang dibuka semula

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang/Sri Petaling, melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, telah dibuka semula kepada pengguna.

Ia susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah pun selesai.

Rata-rata pengguna tren yang ditemui di stesen LRT Bandaraya hari ini amat bersyukur perkhidmatan LRT di laluan berkenaan beroperasi seperti biasa.

Mereka mengharapkan kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan juga dapat siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Menurut pengguna tren Khairul Afwadi, "saya hendak bagitahu memang amat memuaskan dalam beberapa bulan ini, tapi kira puas hati untuk dua hari ini. Alhamdulillah bersyukur sangat boleh naik tren kembali semula."

Bagi Zai yang ditemui pemberita, "hari ini rasa terkejut, tapi gembira juga sebab memudahkan. Saya ingat nak ke Masjid Jamek tapi rupanya kena berhenti dekat stesen Bandaraya. Kemudian naik bas percuma."

Terdahulu, operasi perkhidmatan LRT di enam stesen itu telah dihentikan sejak 2 April lepas, susulan tren-tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

(Foto hiasan)

Media Baharu