TELUK INTAN, 13 Mei- Di Perak, salah satu kawasan yang semakin menjadi tumpuan burung hijrah adalah di Pulau Bangau, Teluk Intan.
Pulau itu mempunyai keluasan 14.3 hektar, dan menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategik kerana berada di tengah-tengah Sungai Perak.
Menurut bekas guru yang kini merupakan pemandu pelancong di Pulau Bangau, Muhammad Sahril Mustafa, "kebiasaannya burung hijrah akan singgah di pulau berkenaan antara bulan November dan Disember.
"Lokasi, Iklim dan sumber makanan juga merupakan antara faktor berlakunya migrasi burung."
Namun berbeza tahun ini, spesis tersebut dapat dilihat sepanjang masa kerana sudah mula membiak di kawasan tersebut.
Meskipun, saiz burung hijrah lebih besar berbanding burung residen, namun hubungan kedua-duanya adalah baik dan harmoni kerana tidak merasa terancam antara satu sama lain.
"Sekarang ini burung-burung hijrah dah mula datang ke Pulau Bangau. Antaranya dari India, Vietnam, dan Thailand.
"Burung seperti Enggang Asia, Burung Pucung Kuak, ini sebenarnya akan melawat dahulu kawasan tersebut sesuai mengikut ekologi sebelum dijadikan sebagai habitatnya."
Spesies burung hijrah akan bertelur dan menetas di kawasan pulau seterusnya menetap dalam tempoh dua sehingga tiga bulan.
Selepas tempoh tersebut, kawanan burung itu meneruskan perjalanan merentasi benua lain bagi mencari tempat persinggahan yang sesuai untuk membiak dan mencari makanan.
Setiap tahun populasi burung hijrah yang singgah di Pulau Bangau meningkat antara 20 ke 30%.
Potensi yang ada di Pulau Bangau turut menarik minat Pihak Universiti Malaya dan Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk melaksanakan kajian berkenaan kewujudan burung hijrah di kawasan tersebut.
(Pulau Bangau)