(Foto Bernama)
KUALA LUMPUR, 13 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan harta dimiliki.
Malah tegasnya, beliau antara individu yang telah mengisytiharkan harta baru-baru ini bagi membuktikan ketelusan kepada rakyat.
"Saya tidak ada masalah, saya antara orang yang telah isytihar harta...yang tidak dia (Tun Mahathir).
"Baru-baru ini saya isytiharkan harga rumah di Segambut berharga RM11 juta...jadi itu bukan rahsia, itu diketahui umum," katanya.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan para pengunjung yang hadir
pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka hari ini/Foto Bernama)
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Aidilfitri Malaysia Madani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka, di sini hari ini.
Anwar juga berkata tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar beliau mendedahkan kekayaan dimiliki, disifatkan sebagai hanya menegakkan benang yang basah.