
PUTRAJAYA, 1 Oktober – Enam resolusi Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (TIAR) akan dikemukakan untuk diteliti pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), akan datang.
- SPRM komited memperkukuh pendekatan pencegahan rasuah secara proaktif, bersasar dan berasaskan risiko.
- Pencegahan perlu bermula dengan menutup ruang serta kelemahan sebelum dieksploitasi.
- Unit Integriti mesti diperkasa sebagai rakan strategik pengurusan untuk kenal pasti risiko awal dan perkemas sistem.
- Cadangan termasuk penubuhan Kerangka Tatakelola Geran Nasional, pendigitalan tatakelola perlombongan, dan peraturan perolehan awam-swasta untuk kuatkan konsesi.
Komitmen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertujuan memperkukuh pendekatan pencegahan rasuah secara lebih proaktif, bersasar dan berasaskan risiko.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abdul Halim Aman menjelaskan pencegahan perlu bermula dengan menutup ruang dan kelemahan sebelum dieksploitasi.
“Unit Integriti perlu terus diperkasa sebagai rakan strategik pihak pengurusan bagi mengenal pasti risiko yang lebih awal serta memperkemaskan kelemahan sistem sebelum sesuatu pelanggaran berlaku,”katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan di Putrajaya.
Enam resolusi itu temasuk penubuhan Kerangka Tatakelola Geran Nasional (KTGGN) dan Pendigitalan menyeluruh ekosistem tatakelola industri perlombongan Malaysia serta Membangunkan kaedah perolehan kerajaan (Kerjasama Awam-Swasta) sebagai peraturan khusus di bawah kerangka perundangan yang berkuatkuasa bagi memperkukuh pengurusan konsesi kerajaan.