fb fb fb fb fb

Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron

Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR, 15 April- Enam perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah mencerminkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.

“Ramai mesti tidak tahu, minggu ini sahaja terdapat enam perayaan telah disambut di negara ini. Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan bernilai kepada kita semua.

“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam perkongsian menerusi akaun X milik beliau.

Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing.

"Ayuh kukuhkan perpaduan melalui perayaan! We can do it!," tambahnya lagi.

1504 AARON ENAM PERAYAAN
Tangkap layar platform X @AaronAgoDagang

SITI AISHAH MD ISA