fb fb fb fb fb

Enam pengunjung terperangkap kepala air diselamatkan

Foto RTM

SETIU, 2 Jun - Enam pengunjung Hutan Lipur Lata Changkah Setiu nyaris menjadi mangsa lemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa  berkata kesemua mangsa berumur antara tujuh hingga 30 tahun berjaya diselamatkan pasukan penyelamat serta orang awam.

Dua mangsa wanita berumur 17 dan 30 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang merupakan keluarga berasal daripada Kelantan

Manakala tiga lelaki berumur  20 tahun hingga 22 tahun merupakan tiga sahabat berasal dari Kuala Terengganu.

Sementara itu, salah seoorang mangsa Siti Alia Aisha Mohd Afandi 30 tahun berkata kejadian cemas itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika dia bersama ahli keluarga dari datang berkelah di air terjun berkenaan.

Sebelum kejadian beliau bersama dua anak lelaki berusia dua dan tujuh tahun  serta adik perempuan berada di seberang sungai.

Ketika sedang bermain air secara tiba-tiba beliau mendengar anak saudara yang berada di darat menjerit memanggil mereka naik namun kejadian yang berlaku sekelip mata menyebabkan mereka tidak dapat menyeberang sungai dan terperangkap.

Bagaimanapun anak  keduanya berusia dua tahun berjaya diselamatkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang ketika itu berada di lokasi.

Manakala beliau serta dua ahli keluarga yang lain telah dihanyutkan arus sejauh lima meter sebelum diselamatkan orang awam.

Tiga sekawan itu juga berjaya diselamatkan orang ramai dan Anggota Bomba.

Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa mahu orang ramai lebih peka ketika berkelah di kawasan rekreasi.

Ia berikutan cuaca tidak menentu boleh membawa pelbagai kejadian tidak diingini

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD