fb fb fb fb fb

Pekerja warga China jatuh tongkang ditemukan lemas

Foto ihsan JBPM

GEORGETOWN, 2 Jun - Seorang lelaki warga China ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika melakukan kerja-kerja di atas tongkang di Pulau Andaman berhampiran Tanjung Tokong di sini, hari ini.

Mangsa, Mio Baddong, 52, dikatakan hilang dan dikhuatiri terjatuh di laut ketika menjalankan kerja di atas tongkang besi berkenaan, Jumaat lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Mohd Hairi Fazzil berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.14 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota ke lokasi termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui kira-kira 8 jam kemudian tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD