fb fb fb fb fb

EMR diperluas ke 200 klinik kesihatan tahun ini

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) akan diperluas ke 200 klinik kesihatan pada tahun ini dan 16 hospital pada tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perluasan itu selaras dengan visi kerajaan iaitu ‘Satu Individu, Satu Rekod’ yang akan mempercepatkan pendigitalan sektor kesihatan negara.

"Sehingga kini status pelaksanaan EMR menunjukkan sebanyak 22 daripada 150 hospital, 275 daripada 1,118 klinik kesihatan dan 78 daripada 682 klinik pergigian telah menggunakan sistem sepenuhnya", katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Batang Sadong Rodiyah Sapiee mengenai status pelaksanaan EMR serta keberkesanannya di Dewan Rakyat.

Sementara itu,  pelaksanaan Sistem Pengurusan Klinikal Berasaskan Awan (CCMS) telah meningkatkan tahap digitalisasi di klinik kesihatan sebanyak 150 peratus dengan memanfaatkan infrastruktur EMR sedia ada.

Katanya, pengenalan CCMS juga berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan ketara.

ROSLINA BINTI DIN