KOTA TINGGI, 2 Mac- Empat kedai terjejas teruk selepas berlaku gelongsoran tanah di Felda Sungai Sayong, Bukit Besar, di sini 8.30 pagi Rabu akibat hujan berterusan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, kedudukan semua premis itu dianggarkan hanya lima meter dengan lokasi runtuhan.
“Gelongsoran tanah itu telah menjejaskan empat buah kedai, namun jumlah kerugian belum dipastikan”, katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, lima jalan ditutup berikutan arus deras dan digenangi air.
Ia melibatkan Jalan Kota Tinggi-Kluang (Bangunan Arked Mara), Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Kampung Kelantan-Kampung Panti, Jalan Mawai Lama dan Jalan Sungai Sayong.
Justeru, polis mengingatkan masyarakat untuk berwaspada dan tidak menjadikan banjir sebagai pesta air.
(Kedai terjejas teruk selepas berlaku gelongsoran tanah di Felda Sungai Sayong)