MERBOK, 2 Mac- Seorang jurujual kereta maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Pintasan Semeling, di sini malam tadi.
Punca kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.00 malam itu disebabkan mengantuk dan terlelap semasa memandu .
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata mangsa, Iskandar Ahmad, 51 tahun dipercayai hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan lalu merempuh pokok.
Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius dalaman dibahagian kepala dan dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluraga mangsa.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
(Kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Merbok)