fb fb fb fb fb

Empat PPS masih dibuka melibatkan tiga daerah di Perak

Foto APM Perak

IPOH, 17 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 102 orang daripada 29 keluarga setakat pukul 8.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Kerian dan Kinta.

Di Daerah Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 18 penduduk daripada lima buah keluarga.

Sementara itu, di daerah Kerian iaitu PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak kekal menempatkan 18 penduduk daripada tiga keluarga. 

Di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pula menempatkan 57 penduduk daripada 19 keluarga.

Manakala di daerah Kinta, sembilan penduduk daripada dua keluarga kekal ditempatkan ke PPS Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A Ipoh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI