fb fb fb fb fb

Empat penyelam warga asing hilang di Johor

MERSING, 7 April - Operasi mencari dan menyelamat empat penyelam warga asing yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor tengah hari semalam, bersambung pukul 8 pagi tadi.

Penyelam yang hilang merupakan warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun dan remaja warga Belanda, Nathan Renze, 14 tahun. Serta seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35 tahun.

Kesemua mereka mempunyai lesen menyelam, sementara Kristine merupakan Dive Master.


(Empat penyelam warga asing yang hilang)


Laporan awal mendapati, keempat-empat penyelam tidak timbul selepas melakukan latihan selaman pada pukul 12 tengah hari.

Op Carilamat digerakkan kira-kira 2.35 petang melibatkan aset Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, Group Gerak Khas, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perikanan.

Seramai 61 anggota dan 12 pegawai pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Pagi tadi menyaksikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat turut meninjau pusat operasi di Jeti Penguatkuasaan Maritim, Mersing.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau pusat operasi di Jeti Penguatkuasaan Maritim disini)



Media Baharu