fb fb fb fb fb

Empat nelayan warga Thailand ditahan

KUALA KEDAH, 24 Jun - Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan Kelas C bersama empat nelayan warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah dalam satu rondaan operasi Op Aman di posisi sekitar 8.5 batu nautika barat Kuala Sala, Yan, rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, bot nelayan terbabit ditahan ketika sedang bergerak dalam keadaan gelap semasa bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan berkala di sekitar perairan Yan.


(Saiz mata pukat di bahagian keroncong kurang daripada 38 milimeter)

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas bot kelas C tersebut anggotanya mendapati semua kru dan tekong memiliki dokumen pengenalan diri serta permit yang sah, namun mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu saiz mata pukat di bahagian keroncong kurang daripada 38 milimeter.

Keempat-empat nelayan ditahan dan bot bersama hasil tangkapan dianggarkan seberat satu tan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Media Baharu