fb fb fb fb fb

Kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan

PUTRAJAYA, 24 Jun- Kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung dikekalkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meski berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

"Keputusan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup," katanya menerusi kenyataan.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Sementara itu, beliau turut mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Media Baharu