fb fb fb fb fb

Demonstrasi jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 24 Jun- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan demontrasi jalanan seperti dicadangkan seorang pemimpin parti DAP, bukan cara bertanggungjawab
menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup.

Sebaliknya, pandangan masyarakat boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum dan saluran lain.

Titah baginda, undang-undang negara perlu dihormati, serta mengelak membuat kenyataan menghasut kerana ia tidak membantu.

Selain tidak mencapai matlamat, ia akan mengakibatkan kekecohan, kerosakan dan kerugian kepada semua pihak.

Perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19.


(Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Media Baharu