fb fb fb fb fb

Sempadan Malaysia-Singapura dijangka sesak susulan cuti hujung minggu dan pesta buah

JOHOR BAHRU, 24 Jun- Kesesakan dijangka berlaku di sempadan Malaysia-Singapura berikutan cuti hujung minggu dan pesta buah-buahan di Johor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K. Raven Kumar berkata, ia bakal menyebabkan berlakunya pergerakan jumlah pelancong terbesar yang melintasi pusat pemeriksaan kedua-dua negara.

Jelas beliau, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura memaklumkan, trafik sesak sejak cuti sekolah awal bulan ini, dengan kira-kira 262,000 pengembara masuk setiap hari pada 3 hingga 5 Jun.

"Pengembara dinasihati membuat jadual perjalanan bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, serta mengelak waktu puncak," katanya.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama K. Raven Kumar mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ)
Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Isnin lepas.)

Tambah beliau, Jabatan Imigresen (JIM) juga sudah menaik taraf ruang ketibaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di pusat pemeriksaan Woodlands sejak 6 Jun.

Media Baharu