fb fb fb fb fb

Empat maut, kemalangan melibatkan empat kenderaan di LPT1

TEMERLOH, 27 Ogos - Empat maut manakala 12 cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan awal pagi tadi. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria memaklumkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda. 

Mereka yang maut ialah sepasang warga emas dan seorang remaja lelaki menaiki Proton Exora serta pemandu trak tunda. 

Namun identiti semua mangsa belum diperolehi.


(Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 135.7 Lebuh Raya
Pantai Timur (LPT) 1 di Temerloh awal pagi tadi)

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi. Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena terbabas sebelum merempuh trak tunda yang sedang mengangkat Proton Exora rosak di tepi lebuh raya. 

"Proton Waja itu pula difahamkan berada di tepi jalan yang sama. Kemalangan menyebabkan Proton Exora jatuh ke gaung dianggarkan sedalam 40 kaki (12.19 meter)," katanya dalam kenyataan. 

Zulfadli berkata mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk tindakan lanjut dan punca kemalangan sedang disiasat.

Media Baharu