fb fb fb fb fb

Empat maut kemalangan babitkan tujuh kenderaan

IPOH, 13 Julai- Empat maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Meru, Ipoh.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota yang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang mendapati empat mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan tiga wanita.

Jelas kenyataan itu lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah mengeluarkan kesemua mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Kesemua mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 4.16 petang.

 



Media Baharu