fb fb fb fb fb

Empat kawasan di Kota Tinggi dilanda banjir

FOTO RTM

KOTA TINGGI, 26 Januari - Hujan lebat berterusan mengakibatkan empat kawasan di Kota Tinggi, Johor banjir.

Setakat 6 pagi, 251 orang daripada 60 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara, PPS yang dibuka malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Tan Sri Azmi Rohani menerusi kenyataan berkata, Felda Air Tawar 1, merekodkan 162 orang yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 1.

“56 penduduk terjejas dari Kampung Sepak Hulu dan Kampung Sepak Hilir berlindung di PPS SK Bukit Lintang,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala 33 orang berada di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

Pemantauan terus dipergiat berikutan cuaca yang tidak menentu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD