fb fb fb fb fb

Mayat ditemukan dalam parit ladang kelapa sawit

FOTO RTM

SUNGAI PETANI, 26 Januari -Mayat dipercayai seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan dalam parit bersama motosikal di ladang kelapa sawit di kawasan Patani Para, Bedong,Sungai Petani semalam.

Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, susulan penemuan berkenaan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.27 petang

Menurutnya dalam kenyataan, sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rashid Mamat bersama enam anggota ke lokasi.

Operasi mengambil mayat agak sukar memandangkan keadaan hujan lebat yang menyebabkan mangsa hanyut dalam arus deras.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD