fb fb fb fb fb

Empat individu dikurnia DMIJ oleh Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 23 Mac- Empat individu dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

DMIJ yang membawa gelaran Dato’ dikurniakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar@Ja'afar dan Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.


(Sultan Johor berkenan mengurniakan darjah DMIJ kepada penerima membawa gelaran Dato' kepada On Jabbar@Ja'afar
hari ini di Istana Bukit Serene, Johor Bahru/FBSULTANJOHOR)

Penerima SIJ ialah Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md Noor, Setiausaha Bahagian, ICT@Johor, Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.

Media Baharu