fb fb fb fb fb

Bekalan darah,penggunaan meningkat ketika musim perayaan

KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Unit tabung darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengambil langkah bersiap sedia, bagi memastikan bekalan darah mencukupi menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Ini kerana jumlah penggunaannya kerap meningkat pada musim tersebut.

Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, sebanyak 1,500 pain darah diperlukan sebulan.

(Anggota polis yang hadir ke program derma darah sempena sambutan
Hari Polis ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini)

"Secara purata, 50 beg darah digunakan setiap hari untuk kes kecemasan, pembedahan dan lebih 200 pesakit talasemia untuk kelangsungan hidup mereka.

"Jumlah penggunaannya meningkat antara 10 hingga 20 peratus semasa musim perayaan, " katanya ketika ditemui pada program derma darah sempena sambutan Hari Polis ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini.

Tambahnya, ketika ini bekalan darah berada dalam keadaan baik dan mencukupi.

Media Baharu