PUTRAJAYA, 25 Mei- Empat bank utama yang beroperasi di Laos membuktikan keyakinan negara itu terhadap sistem dan kestabilan institusi kewangan berkenaan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Group and Public Bank Bhd turut menawarkan dasar pelaburan yang menarik.
"Empat bank yang dipilih untuk beroperasi di Laos membuktikan mereka yakin terhadap sistem perbankan berkenaan.
"Selain itu, dasar pelaburan menarik yang ditawarkan empat bank tersebut juga menjadi faktor dipilih untuk beroperasi di Laos.
"Pengurusan bank yang sistematik menjadikan institusi kewangan itu semakin teguh dan dipercayai," katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone selepas menandatangani memorandum persefahaman di sini.