fb fb fb fb fb

Elaun minimum RM800, pelatih industri di pejabat kerajaan dan GLC

(Foto Hiasan/Bernama)

PUTRAJAYA, 14 Julai- Pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan, minimum RM800 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua syarikat GLC diminta berbuat demikian bagi meringankan beban pelajar, terutama daripada keluarga tidak berkemampuan dan miskin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kementeriannya telah menetapkan perkara itu; mengambil kira keperluan mahasiswa menerusi beberapa dialog yang diadakan di universiti sebelum ini.

"Intern (pelatih industri) memang tiada bayaran...ada yang bayar pun kecil sangat.

"Tapi sekiranya dia datang daripada keluarga miskin, malah dalam beberapa dialog saya di universiti mereka merayu...sudah habis belajar, tiada lagi pinjaman dan bergantung kepada ibu bapa.

"Oleh itu, kerajaan dan syarikat GLC elaun perantisan RM 800 sebulan untuk intern (pelatih industri)," katanya.

(Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan hari ini/Foto Bernama)

Beliau berucap demikian pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, di sini hari ini.

Media Baharu