fb fb fb fb fb

Elak PATI 'bermaharajalela', pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera - Aminuddin

FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 2 Februari- Semua pihak berkuasa di Negeri Sembilan diingatkan untuk mengambil tindakan segera sekiranya terdapat keraguan berkaitan dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melindungi entiti itu bagi memelihara keselamatan bumi adat perpatih.

"Itu saya cakap, bukan sahaja PBT, bukan sahaja pejabat daerah, pihak polis, pihak imegresen, semua pihak berkuat kuasa harus bertindak dengan segera. Saya tidak boleh berkompromi tentang hal ini.

Isu perkampungan PATI ini adalah isu besar sekali gus menunjukkan bagaimana keselamatan rakyat negeri kita, rakyat negara kita. Bila-bila masa sahaja keselamatan negara boleh diancam," kata Aminuddin kepada pemberita RTM ketika ditemui di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Senawang, di sini.


(Foto Ihsan JIM Negeri Sembilan)

Tambahnya, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat tindakan keselamatan bagi meneliti semula perkara tersebut.

Terdahulu, media melaporkan mengenai serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah penempatan haram warga asing di dalam hutan di Nilai.

Hasil tangkapan mendapati seramai 67 orang PATI termasuk 36 orang kanak-kanak ditahan di sebuah penempatan haram warga asing yang terletak 1.2 kilometer di dalam hutan di Nilai Spring.

Media Baharu