fb fb fb fb fb

Manfaat tanah terbiar, kerajaan Negeri Sembilan usahakan tanaman padi di Gemas

SEREMBAN, 2 Februari- Kerajaan Negeri Sembilan bakal melaksanakan usaha untuk meluaskan kawasan penanaman padi di Daerah Gemas susulan banyak kawasan sawah yang terbiar.

Usaha ini juga merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan terutama buat penduduk di negeri itu.

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Bakri Sawir berkata usaha itu bakal mengambil kira beberapa faktor seperti sistem pengairan dan saliran berikutan kawasan yang sudah lama tidak diselenggara.

"Tahun ini kita meluaskan kira-kira 40 hektar di Daerah Gemas tapi masih lagi dalam kajian untuk kita pastikan kelangsungan bekalan air itu sendiri.

Saya akan lihat semula maklumat yang lebih terperinci untuk kawasan penanaman padi tersebut," kata Bakri ketika ditemui di Wisma Negeri, Seremban.


(Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir)

Tambahnya, kerajaan negeri bercadang menjalankan proses pembersihan di kawasan terlibat dalam masa terdekat.

Media Baharu