fb fb fb fb fb

Elak krisis makanan; MAFI sedia langkah penambahbaikan

(Demontrasi menerbangkan 'Drone DJI Agras T30' pada perasmian Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB)/BERNAMA)

PERMATANG PAUH, 17 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah bersedia dengan beberapa langkah serta penambahbaikan bagi mengelak krisis makanan, pada masa depan.

Menteri, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menjelaskan, peruntukan khas yang boleh diguna pakai bagi menampung sedikit kerugian yang dialami pesawah terlibat juga telah disediakan kementerian.

“Begitu juga dengan langkah-langkah ke hadapan yang kita ambil seperti mengenal pasti varieti-varieti (tanaman padi baharu) yang tahan terhadap perubahan cuaca dan ini merupakan kajian serta penambahbaikan yang diambil oleh pihak kementerian ketika ini,”

(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika sidang media selepas merasmikan Program SMART SBB dan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan dan Syarikat Peneraju di Pulau Pinang/BERNAMA)

"Penambahbaikan langkah  akan diambil oleh pihak IPB bahagian padi beras negara untuk mengurangkan kesan kemarau dan banjir pada pesawah pesawah penanam penanam padi negara begitu juga langkah ke hadapan adalah untuk mengenalpasti  'variety' yang lebih tahan terhadap perubahan perubahan cuaca," Kata Dr. Ronald selepas merasmikan Program Smart Sawah berskala besar (Smart SBB) dan sesi menandatangani memorandum MOU antara kerajaan dan syarikat peneraju Pulau Pinang di sini.

Jelasnya, kesan terhadap konflik atau krisis berkaitan makanan ini bukan sahaja dirasai Malaysia, tetapi hampir semua negara berdepan isu kekurangan makanan ketika ini.

Menurutnya, kesan terhadap konflik atau krisis berkaitan makanan ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat di negara ini, bahkan juga hampir semua negara turut berdepan dengan isu kekurangan bekalan serta peningkatan kos pengangkutan serta pengeluaran yang menjurus ke arah konflik tersebut.

“Tentu sekali kita mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan itu (kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang) kepada rakyat Malaysia.

“Bekalan ayam contohnya, kita meletakkan harga siling sebanyak RM8.90, namun, dalam keadaan sedemikian juga, kita terpaksa mengeluarkan subsidi bagi menampung kos pengeluaran yang ditanggung oleh pihak industri,” katanya.


Media Baharu