fb fb fb fb fb

Elak kanak-kanak strok haba, cadangan cuti sekolah bersasar relevan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Cadangan cuti sekolah bersasar disifatkan relevan dan tindakan yang tepat bagi mengelakkan lebih ramai kanak-kanak mengalami strok haba.

Bagaimanapun, sekolah-sekolah di negeri yang terkesan dengan cuaca panas melampau, boleh mengolah kaedah atau pendekatan pembelajaran yang lebih sesuai seperti pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Demikian pandangan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar.

"Sekolah-sekolah bagi negeri yang terkesan boleh melaksanakan penyampaian pembelajaran yang lebih fleksibel bagi memastikan tempoh atau bilangan hari persekolahan mencukupi.

"Saya yakin guru dan pelajar sudah mempunyai pengalaman yang cukup dalam pelaksanaan PdPR terutamanya dalam keadaan situasi yang mendesak", katanya kepada RTM.


(Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar)

Media Baharu