fb fb fb fb fb

Aliran trafik Plaza Tol Sungai Besi lancar

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Tiada kesesakan luar biasa dilihat menerusi tinjauan kru RTM di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke ibu negara tengah hari tadi.

Situasi ini berkemungkinan didorong oleh perancangan warga kota yang pulang secara berperingkat daripada cuti panjang bersempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja.

Menerusi tinjauan, pertambahan bilangan kenderaan dilihat sekitar pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, dengan aliran trafik masih terkawal dan lancar.

Keadaan cuaca yang baik juga memudahkan pemanduan pengguna lebuh raya dari arah Selatan ke Kuala Lumpur.

Kru RTM yang membuat tinjauan di Hentian Sebelah Serdang mendapati pengguna lebuh raya mengambil kesempatan berehat seketika dan menggunakan kemudahan awam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di Lebuhraya Utara-Selatan bagi tarikh 19 April hingga 1 Mei.

(Tinjauan tengah hari: Tiada kesesakan luar biasa di Plaza Tol Sungai Besi)

Media Baharu