fb fb fb fb fb

Malaysia terus memartabatkan kebebasan media

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) merupakan pencapaian yang baik dan membanggakan buat negara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia juga menjadi pemangkin untuk kerajaan terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding kedudukan 119 (60.53 mata) pada tahun sebelumnya.

"Malaysia turut meraih kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176)," menurut hantaran Fecebook berkenaan.

Selain itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf Rang Undang-undang Majlis Media sebelum ia dibawa kepada Jemaah Menteri.

Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei.

(Malaysia terus memartabatkan kebebasan media)

Media Baharu