fb fb fb fb fb

Elak ambil tindakan ekstrim, masyarakat perlu berhemah dalam kempen solidariti bersama Palestin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Semua pihak diminta agar tidak mengambil tindakan ekstrem dalam melakukan kempen solidariti bersama Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu kenyataan hari ini berkata, apa jua tindakan yang diambil perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak.

Justeru beliau menyeru agar semua pihak bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan mereka.

“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam perlu dielakkan sama sekali. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE