fb fb fb fb fb

TPM santuni peniaga Pasar Sentral Sarikei

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid beramah mesra dengan peniaga di Pasar Sentral Sarikei

SARIKEI, 19 Mei- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa meninjau sendiri persekitaran dan operasi di Pasar Sentral Sarikei di sini, di samping menyantuni peniaga-peniaga kecil di pasar tersebut.

Beliau tiba sekitar pukul 11.10 pagi diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meluangkan sekitar 15 minit untuk melihat pelbagai keunikan kraftangan dan hasil pertanian yang dijual di pasar tersebut sebelum naik ke Dewan Sentral Sarikei bagi menghadiri Majlis Pra Gawai 2024 Sarikei.

Antara barangan yang menarik perhatian beliau adalah Nyiru Tampi, obor-obor dan beg anyaman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE