fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor gesa gencatan senjata serta-merta di Palestin

Ahli Dewan Negeri Johor memakai mafla dan berdiri bersama-sama menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin

ISKANDAR PUTERI, 19 Mei- Kerajaan Johor menggesa gencatan senjata dilaksana serta-merta di Gaza, bagi memastikan keselamatan rakyat Palestin yang masih ditindas ketika ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, kerajaan negeri itu mengecam tindakan Israel yang melakukan kekejaman berterusan sehingga meragut banyak nyawa termasuk kanak-kanak selain pengeboman di hospital. 

Tindakan berterusan Israel adalah zalim, tidak berperikemanusiaan dan jenayah perang yang perlu dihakimi. 

"Israel tidak boleh terus dibiarkan bermaharajalela, beraja di mata, bersultan di hati, melakukan kekejaman sewenang-wenangnya, tanpa gentar, tanpa hukuman. Kita menggesa keamanan, keadilan dan kehidupan yang selamat diberikan kepada Palestin.

"Israel mesti menghentikan tindakan rakus," kata Onn Hafiz Ghazi.

Semua ahli Dewan Negeri Johor juga berdiri bersama-sama menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin selain memakai mafla ketika persidangan pagi tadi.

Onn Hafiz menyifatkan semua rakyat Palestin yang diuji ketika ini adalah simbol kepada kesabaran, kecekalan dan simbol menentang kezaliman.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI