fb fb fb fb fb

Eksport sarung tangan getah mampu catat pertumbuhan dua angka

Datuk Chan Foong Hin

PETALING JAYA, 6 Jun- Hasil eksport sarung tangan getah negara dijangka mampu catat pertumbuhan dua angka tahun ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata, setakat tahun lepas, Malaysia mengeksport sarung tangan getah bernilai RM11 bilion, menyumbang 58 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport produk getah.

"Malaysia sentiasa menjadi peneraju global untuk industri ini dan saya boleh katakan, selagi mana kita perkukuh kelebihan daya saing kita, saya berpandangan kita boleh buat.

"Lebih baik dan selepas pasca era COVID-19, kita menyaksikan pertumbuhan kira-kira 12 peratus hingga 15 peratus permintaan setiap tahun," katanya selepas majlis pra-pelancaran Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa ke-11 di sini.

Bagi suku pertama 2024, negara mencatatkan pendapatan eksport sarung tangan getah sebanyak RM3.3 bilion.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI