fb fb fb fb fb

Winston Peters tiba di Kuala Lumpur dalam lawatan ke Asia Tenggara

FOTO RTM

SEPANG, 6 Jun - Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi memulakan lawatan empat hari di Malaysia.

Kunjungan beliau dan delegasi  merupakan sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia Tenggara.

Ketibaan Peters yang juga merangkap Menteri Luar New Zealand pada pukul 5.30 petang tadi disambut Ketua Protokol Kementerian Luar Datuk Mohd Aini Atan dan Duta Besar New Zealand ke Malaysia, Pam Dunn.

Dalam rangka lawatan empat harinya, Peters dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengadakan Mesyuarat Menteri Luar yang julung kali diadakan bawah Perkongsian Strategik New Zealand-Malaysia. 

Malaysia dan New Zealand menjalinkan hubungan diplomatik pada 25 September 1957 dan Malaysia adalah rakan dagang kedua terbesar New Zealand di rantau Pasifik setakat Jun 2023.

TETITIA YUSOFF